[Video] Kanak-kanak diculik, jari dan telinga dipotong

[Video] Kanak-kanak diculik, jari dan telinga dipotong

INDONESIA 07 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera parah setelah telinga dan jari tangannya dipotong dalam satu kejadian di sebuah pasar dekat Lamlea, wilayah Maluku semalam.

Menurut maklumat awal, ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya dipasar sebelum kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang.

Kanak-kanak tersebut dijumpai di tempat pembuangan sampah dalam keadaan cedera parah apabila telinga dan jari tangannya dipotong.

Daripada maklumat awal yang diterima, kanak-kanak tersebut dilarikan oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman.

loading...

Punca sebenar suspek berbuat sedemikian masih dalam siasatan dan suspek wanita tersebut telah di tahan untuk tindakan selanjutnya.

-Sharel 86-
-Info Semasa-

 

.

loading...

Berlaju dalam hanya beberapa saat, apabila sebuah skuter elektrik yang ditinggalkan untuk dicaj pada penjuru luar sebuah apartment secara tiba-tiba keluar percikan api dan meletup, seorang ibu bertindak sepantas kilat memeluk dan menjadi pelindung anak lelakinya yang berusia 5 tahun dalam kejadian yang berlaku di China.

Ketika kejadian, mangsa dan anaknya dalam perjalanan ke sebuah taman dan melalui kawasan perumahan tersebut, 3 November lepas.

loading...

Orang awam yang turut berada di lokasi kejadian segera menghulurkan bantuan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk membantu kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun, semua sudah terlambat buat si ibu yang berusia 34 tahun itu. Walaupun petugas kecemasan bergegas membawanya ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat kecederaan parah.

Manakala anaknya yang turut kritikal dalam letupan tersebut dipindahkan ke lima buah hospital dalam usaha terdesak para doktor untuk menyelamatkannya.

Dengan kesan luka terbakar teruk di seluruh badan, kanak-kanak tersebut kekal berada dalam kondisi kritikal. Dia juga disahkan hilang penglihatan belah kanan.

Namun yang sedihnya, kanak-kanak malang tersebut turut mengikut jejak langkah ibunya apabila menghembuskan nafas terakhir empat hari kemudian.

Menurut laporan pihak berkuasa, hanya bahagian dada dan perut wanita berkenaan sahaja selamat daripada letupan kerana dia menggunakan bahagian tersebut untuk melindungi anaknya.

Pihak berkuasa ketika ini sedang menyisat insiden berkenaan yang dipercayai berlaku akibat letupan bateri skuter elektrik.

Sumber : Asia One

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *