Dimana Dia Tidur Selama Ini,Ustazah Ini Ceritakan Apa Yang Dia Ingat. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali!

Dimana Dia Tidur Selama Ini,Ustazah Ini Ceritakan Apa Yang Dia Ingat. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali!

USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

loading...

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

loading...

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya.

Ustazah tidur di surau

Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, dilaporkan datang sendiri ke balai polis berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, guru berkenaan bagaimanapun masih sukar untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang kehilangannya.

loading...

“Guru berkenaan hadir ke balai polis jam 3.15 petang tadi dan setakat ini hanya memberitahu dia bermalam di surau untuk tidur.

“Polis sudah menghubungi suami dan keluarga guru berkenaan untuk hadir ke balai bagi membawanya pulang,” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

Razali berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan mengenai penemuan guru terbabit kepada pihak polis di Balik Pulau.

Semalam media melaporkan ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau itu dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Kehilangan Nur Farhana disedari suaminya selepas dia tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah, petang kelmarin.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *