Tidak Sampai Sehari Pemergian Adib, Ini Pula Yang Diminta Pihak Kuil Sri Maha Mariamman

Tidak Sampai Sehari Pemergian Adib, Ini Pula Yang Diminta Pihak Kuil Sri Maha Mariamman

Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman hari ini menyeru pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian yang menjadi punca kematiian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ketika sedang menjalankan tugas.

loading...

Pengerusinya SW Ramaji berkata, pihak berkuasa perlu mencari bukan sahaja pelakunya, tetapi juga dalang di sebalik kejadian tersebut.

” Mereka perlu dihukum kerana perbuatan mereka yang ganas atau licik itu bukan sahaja menyebabkan kematiian seorang kakitangan awam tetapi juga mengganggu perjuangan kami untuk mengekalkan lokasi kuil ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, keganasan tidak akan sekali-kali menjadi jalan penyelesaian untuk sebarang masalah.

loading...


“ Dan mereka yang terlibat melakukannya atas apa juga alasan perlu disiasat dan dihukum dengan sewajarnya,” katanya sambil menyatakan kesedihannya atas kematiian Muhammad Adib.

Muhammad Adib telah dimasukkan ke hospital selepas diserang sewaktu kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov. Pada ketika itu, beliau terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di kawasan tersebut. Muhammad Adib, 24, meniinggal dunia di Institut Jantung Negara malam tadi.

Berikutan kematiiannya, polis Selangor telah mengklasifikasi semula kes itu sebagai kes bunoh.- Bernama

loading...

 


Dalam pada itu, semua pihak perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes rusuhan yang menjadi punca kematiian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, kedamaian sekian lama ada di negara ini perlu dipertahankan dan beliau berharap tidak ada lagi kumpulan atau perseorangan mengeluarkan kenyataan menguris perasaan pihak lain.

Menurutnya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak menyumbang kepada kedamaian sebaliknya menuangkan petrol ke dalam api yang sedang menyala.

“Saya juga nak minta pihak yang cuba jadi hero dalam kes ini, hentikanlah. Baru-baru ini ada satu kenyataan yang mengelarkan diri mereka ‘task force’ bahawa Adib meniinggal bukan kerana dipuk0l tetapi dilanggar oleh trak sendiri.

“Hei you tak boleh buat lagu tu. Dalam keadaan patalogi kata Adib dihentak, dipuk0l. Terbukti tulang rusuk patah sebab dihenyak, tiba-tiba you keluarkan kenyataan seperti ini dalam keadaan rakyat tengah bersedih.

“You sayangkan negara ini, you cintakan negara ini, so stop it (kenyataan menguris). Biarkan pihak berkuasa menyelesaikan masalah ini melalui siasatan,” katanya yang ditemui di Masjid As Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah selepas hadir di majlis pengebumian Allahyarham Muhammad Adib.

Johari berkata, masyarakat kini sedang memerhati apa tindakan susulan terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib semasa beliau turun bertugas di Subang Jaya bulan lalu.

Sumber: sinarharian

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *