Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !

Penyakit adalah antara ujian yang sangat hebat buat mereka yang ‘bertuah’ untuk berhadapan dengannya. Ujian itu lebih menyakitkan jika melibatkan orang yang kita sayangi.

loading...

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Pasangan suami isteri dari China berhadapan detik sukar apabila mereka terpaksa berhutang untu membiayai kos rawatan anak perempuan mereka.

Melihat akan kesusahan orang tuanya, Li Xiaoqing, 14, memberitahu ibu bapanya untuk menghentikan rawatannya. Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menjadi beban buat orang tuanya.

loading...

Li Xiaoqing dan ibu bapanya memeluk dan menangis ketika gadis itu memberitahu ibu bapanya untuk “menyerah” kepada penyakitnya

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Xiaoqing menyapu air mata ibunya selepas dia memberitahu ibu bapanya dia tidak mahu menjadi beban buat mereka

loading...

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Xiaoqing, dari China, didiagnosis dengan hepatoblastoma, kanser hati yang jarang berlaku pada tahun 2014

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

loading...

Menurut laporan media China, Xiaoqing didiagnosis dengan hepatoblastoma, satu bentuk kanser hati yang jarang berlaku pada bulan Mei, 2014. Kansernya dikatakan telah mencapai peringkat akhir.

Dia dan keluarganya berasal dari Daerah Nanle di wilayah Henan China tengah. Dia tinggal bersama ibu bapa, abang, kakak dan neneknya di ladang.

Bagaimanapun, para doktor dari sebuah hospital di Puyang berkata mereka tidak dapat merawat penyakit itu kerana sumber perubatan yang terhad.

loading...

Oleh itu, mereka mencadangkan keluarga itu mendapatkan bantuan perubatan di hospital-hospital di Beijing. Ibu bapa Xiaoqing kemudian memutuskan untuk membawa Xiaoqing ke ibu kota.

Selepas pemeriksaan, doktor dari Hospital Kanak-kanak Beijing mencadangkan Xiaoqing menjalani kemoterapi terlebih dahulu kerana tumornya terlalu besar.

Mereka berkata pembedahan mungkin akan dilakukan apabila tumor Xiaoqing menjadi lebih kecil.

Pasangan itu mengikuti cadangan tersebut. Memandangkan kos rawatan yang mahal di Beijing, mereka merancang untuk melakukan rawatan tersebut di Hospital Rakyat di bandar Puyang.

Dengan cara itu mereka mampu mendapatkan rawatan.

Xiaoqing tidak dapat ke sekolah kerana harus menjalani lima pusingan kemoterapi dalam beberapa bulan berikut di Puyang.

Malangnya, keadaannya semakin teruk dan ibu bapanya terpaksa membawanya ke Beijing sekali lagi untuk menerima rawatan lanjut.

Ibu Xiaoqing menjaga Xiaoqing ketika remaja itu dirawat di hospital di Beijing

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Ibu kanak-kanak perempuan menangis di bilik kecil mereka di pinggir Beijing

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Ibu bapa Xiaoqing telah menyewa flat sejauh dua jam dari hospital untuk menjaga anak perempuan mereka

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Xiangping, satu-satunya pencari nafkah keluarga, adalah seorang petani dan pengimpal sambilan. Walaupun anak perempuannya dirawat di hospital, Xiangping tidur di dalam hutan atau di laluan bawah tanah selama kira-kira sebulan untuk menjimatkan wang.

Selepas itu, Xiangping dan isterinya menyewa sebuah bilik kecil di pinggir bandar – perjalanan dua jam ke hospital. Xiangping akan melakukan apa sahaja pekerjaan untuk memenuhi keperluan.

Laporan menyatakan bahawa Xiaoqing menjalani 20 pusingan kemoterapi antara November 2015 dan November 2017. Keluarganya itu terpaksa membelanjakan £ 33,000 (RM 180,202.43) sepanjang rawatan tersebut.

Untuk sementara waktu bapanya, Xiangping tidur di dalam hutan atau di laluan bawah tanah untuk menjimatkan wang

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Xiaoqing telah menjalani 20 pusingan kemoterapi antara November 2015 dan November 2017

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Tetapi ibu bapa Xiaoqing berkata tidak kira betapa sukarnya, mereka tidak akan berhenti merawat anak mereka

Remaja Ini Pesakit Kanser. 1 Hari Dia Pujuk Ibu&Bapanya Hentikan Rawatan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

Pada 21 November, Xiaoqing mendapati keadaannya tidak bertambah baik dan dia terpaksa menjalani kemoterapi lagi. Dia melihat kerisauan pada wajah ibu bapanya kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.

Xiaoqing dilaporkan memberitahu ayahnya sambil memeluk ibunya: ‘Ayah, saya tidak mahu menjalani kemoterapi lagi.

‘Keluarga kita tidak mempunyai wang lagi. Bila pula kita boleh membayar balik semua hutang.

‘Saya tidak mahu menjadi beban anda. Tanpa saya, ayah dan ibu masih ada adik dan kakak saya. ‘

Mereka bertiga kemudian menangis di pelukan masing-masing. Ibu bapa Xiaoqing berkata mereka akan terus merawat anak perempuan mereka walaupun betapa sukarnya proses itu.

Untuk membantu keluarga, sukarelawan dari Tencent Charity di China telah melancarkan halaman sumbangan.

Setakat ini, 63215.86 yuan (RM 38,732.60) telah berjaya dikumpul. Sasaran projek amal ini adalah sebanyak 500,000 yuan (RM 307,404.20)

Kredit : Era Baru

 

.

BESAR RAHMAT SUAMI ISTERI YANG MILIKI TIGA ORANG ANAK PEREMPUAN YANG RAMAI TAK TAHU… KONGSIKAN AGAR RAMAI TAHU!..

Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki.

Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.

Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa.

Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan Lagi” tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

LEBIH ARTIKEL UNTUK ANDA…


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lelaki dan wanita Allah ciptakan berbeza… beza sungguh… bukan dari segi zahir je.. batin pun sama.. dari segenap aspek memang berbeza… tapi Allah jadikan lelaki dan wanita berpasangan…boleh hidup bersama..

Lelaki dan wanita boleh jadi salah faham… sebab perbezaan kefahaman… Dalam komunikasi lisan, lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Sebab tu juga wanita ni banyak bercakap.

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam perkara-perkara berikut:

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki.
Wanita kalau 4 orang bersembang, 4 4 akan bercakap.. sebab dia boleh dengar dan cakap.. tapi kalau lelaki, sorang cakap, sorang dengar.. sebab tu juga suami isteri boleh jadi salah faham… Bila isteri cakap suami diam.. isteri akan kata “saya cakap ni, kenapa awak diam?”. Tapi kalau suami pula bercakap, dan isteri bercakap juga.. akan jadi “saya tengah cakap ni, boleh tak awak diam?”.

2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan. Yang ni tak berapa relevan zaman sekarang… sebab kalau tengok pitch wanita la ni.. sama naik dah dengan lelaki kalau nak beri penekanan… kecuali kalau bos wanita.. tapi ada juga bos wanita guna pitch tinggi untuk tegaskan sesuatu.

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat. Tapi wanita sekarang dah boleh buat keputusan sendiri.. tapi bagi isteri wajib ya bincang dengan suami walau apa sekali pun hatta jika guna duit isteri sendiri.. itu sebagai tanda hormat isteri kepada suami.

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan. Sebab tu, page luahan hati dan perasaan ni memang didominasi wanita.

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat. Ada benarnya.

6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat. Setuju!

7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.Teramat setuju dengan fakta ini.

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain. Tapi dalam hal dan masalah rumahtangga, sila rujuk yang pakar ye.. bukan pandangan orang di media sosial… nanti lagi memburukkan keadaaan…

Sumber rujukan: Karangkraf.com
 
Jadi wanita dan lelaki diciptakan berbeza untuk saling melengkapi… Hebatnya ciptaan Allah..

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *