Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF!

Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF!

Bila jam 2 lebih saja, mesti isteri WhatsApp saya tanya dah lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama.

loading...

“Tak makan, abang sarapan saja,” so, daripada jawapan saya itu, dia tahu dia kena masak.

Jam 7.00 malam, saya sampai rumah. Tetapi yang musykilnya, nasi masih tak terhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas masih dalam cerek.

Dulu tak adalah seperti ini. Tetapi sekarang? Hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena sebab tak mahu kecoh. Saya senduk nasi sendiri, ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.

loading...

Bila dah lama sangat begitu, sekali saya tegur dia.

“Awak, abang nak tanya ini. Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya abang dah makan tengah hari ke belum. Tetapi bila abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk abang.

“Sudahlah abang balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi, buatkan air siap-siap,”

loading...

Dia hanya tunduk, selepas itu dia minta maaf sebab tidak dapat nak buat semua itu untuk saya selama ini. Dia berjanji, mulai esok dia takkan buat lagi.

Malam itu, dia tidur awal, penat katanya. Saya yang masih belum mengantuk masih membaca mesej-mesej di aplikasi WhatsApp. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.

Lama saya meneliti. Selepas satu, satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengannya. Dan mungkin Allah nak menyedarkan saya bahawa saya telah silap dalam ‘menghukum’ isteri. Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum jam 2, jam yang biasa dia akan bertanya sama ada saya sudah makan atau belum.

loading...

“Abang, anak-anak melasak. Seorang pun tak nak tidur ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye?”

“Abang, lengan kanan saya sakit sangatlah. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tidur kot?”

“Abang, kepala saya berdenyut. Mungkin sebab tak cukup tidur,”

loading...

“Abang, adik gigit kakak. Kakak pula tarik rambut adik. Dua-dua ni asyik bergaduh saja,”

“Abang, selepas basuh dan jemur baju nanti, saya masak untuk abang ye,”

“Abang, kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu Ideal. Nak buat kuah bread puding,”

“Abang, jam 3 inshaAllah saya masakkan kari untuk abang. Sekrang tengah melayan anak-anak mewarna,”

Allahurabbi, kenapalah saya begitu buta selama ini? Bukankah sebelum itu dia sudah maklumkan pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak? Tetapi dalam sibuk-sibuk itu, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.

“Ya Allah, maafkanlah saya dan rahmatilah dia,”

Dalam hangat air mata itu, saya cium dahi dia dan hantarkan dia sebuah mesej.

“Terima kasih sayang. Maafkan abang,”

Sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua itu. Isteri cuma melayan kita saja. Tetapi bila dia dah buat, jangan banyak mengadu. Ucapkanlah terima kasih dulu dan kalau nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri. – Karyawan Bisu

Sumber : SinarHariani

**********

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermafaat…

.

Bubuh Bunga Cengkih Ketika Masak Nasi. Hasilnya Pasti Membuatkan Anda Teruja! Petua Lama yang Tidak Ramai Tahu.

Al kisah seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang dimasak. Ingatkan biasa je, tapi tak sangka bila nasi masak je terjadi “sesuatu”.

PETUA YANG DITEMUI SECARA KEBETULAN
Al kisah zaman dahulu, ada seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang nak dimasak untuk keluarga. Lepas masak dan satu keluarga makan, nasi tu tak abis dan dibiarkan atas dapur sampai esoknya.

Selalunya, keesokan paginya, nasi tersebut akan basi tapi anehnya nasi tu masih elok. Dia pun rasa dan ternyata tidak basi. Lepas diingat-ingat kembali barulah perasan yang dia terjatuh beberapa butir bunga cengkih ketika masak nasik.

CARA BUAT NASI LAMBAT BASI
Ada masalah nasi cepat basi? Dah tukar macam-macam jenis beras pun masih cepat basi juga? Mungkin dah sampai masa untuk anda tukar periuk nasi kot.

Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.

1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.

2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.

3. Basuh beras seperti biasa.

4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.

Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba. KONGSIKAN.

Sumber: Petua Ibu

.

Ini adalah kisah benar, seorang gadis cantik dari England memberitahu kehidupannya ketika dia terpaksa berkahwin selepas di ancam pistol di Pakistan.
Dia dipaksa bernikah dengan sepupunya sebelum diperkosa setiap hari selama tiga tahun.
Dipetik dari Daily Mail, Tabassan Khan, yang menerima nama baru untuk menyembunyikan identitinya, hanya berusia 15 tahun.Dia tinggal bersama makciknya di kawasan Doncaster, apabila dia diberitahu dia akan dijemput untuk bercuti musim panas di Pakistan.Bapa Tabassan berada dipenjara kerana membunuh ibunya ketika dia berusia 12 tahun. Dia juga tinggal bersama ahli keluarga lain bersama tiga saudara lelaki.Bagaimanapun, apabila ketibaannya di Pakistan, Tabassan diancam dengan senjata untuk menikahi sepupu berusia 6 tahun lebih tua.Dia juga terpaksa tinggal bersama sepupunya selama tiga tahun.Tidak lama kemudian, Tabassan akhirnya mendapati perkahwinannya telah disusun supaya sepupunya dapat menuntut visa untuk pergi ke England. Perjuangannya untuk melarikan diri akhirnya berjaya, pada tahun 2008, mahkamah Pakistan membenarkan saman perceraian sehingga akhirnya Tabassan dapat kembali ke England.Sekarang, Tabassann bekerja dengan beberapa buah agensi untuk menangani masalah perkahwinan paksa, bersama dengan organisasi It’s My Right: Tiada Perkahwinan Paksa.
Tabassan, yang kini berusia 26 tahun memberitahu Sunday Express:“Saya fikir saya bila saya pergi ke Pakistan. Saya sangat gembira. Dan kemudian dua bulan berlalu dan sudah tiba masanya untuk sekolah tiba, “” Saya bertanya bapa saudara saya apabila saya boleh kembali tetapi dia hanya menjawab bahawa saya perlu tinggal lebih lama. ”Selepas empat bulan, dia masuk ke bilik saya dan menuding pistol pada saya sambil mengancam untuk saya berkahwin dengan sepupu saya.”Saya terus menolak, tetapi pakcik nya berkata bahawa dia akan membunuh saudaranya jika saya tidak mematuhi permintaannya,”Saya ketakutan tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Malam selepas pernikahan saya sepupu saya merogol saya, saya fikir sepupu saya adalah keluarga saya,”“Tetapi ternyata salah, setiap malam dia merogol saya selama tiga tahun, saya rasa saya diperlakukan seperti pekerja seks yang tidak boleh pergi ke mana-mana sahaja.Tabassan juga meminta kerajaan tempatan memberi lebih banyak perlindungan kepada wanita yang dihantar ke luar negara supaya tidak terperangkap dalam perkahwinan paksa.Kredit: Sam Sendat Dot Com

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *