Nak tengok muka pembvnuh anak saya – Ibu Adib

Nak tengok muka pembvnuh anak saya – Ibu Adib

ALOR SETAR: “Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu…sampai bunvh anak saya,” demikian luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang m4ut akibat insiden rusvhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu.

loading...

Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kem4tian anaknya itu.

Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.

“Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan, apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini.

loading...

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusvhan, disahkan meninggal dvnia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.

Pada masa sama, Asma berkata pihaknya menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kem4tian anaknya itu turut dibela ke muka pengadilan.

“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)…saya tak sanggup lagi.

loading...

Mengimbas semula sifat Muhammad Adib, Asma berkata, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga malah sentiasa pulang ke kampung menaiki pengangkutan awam setiap kali cuti.

Katanya, selain itu, Muhammad Adib juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali musim menanam padi tiba.

“Kalau cuti dua hari pun arwah akan pulang ke rumah menaiki kereta api atau bas sebab [email protected] memang rapat dengan keluarga.

“Kalau musim menanam padi tiba, arwah akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah,” katanya yang mengakui tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan merindui Muhammad Adib.

Malah ketika ditanya lebih lanjut mengenai Muhammad Adib, Asma bagaimanapun tidak dapat menjawab berikutan terlalu sebak.

Katanya, dirinya sekeluarga juga tidak membuat keputusan lagi sama ada mahu ‘menukar’ majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 22 Disember ini sebagai kenduri tahlil berikutan masih terlalu sedih dengan insiden menimpa mereka.

Tiada sebarang kenduri, kami mahu

ALOR SETAR: Keluarga anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, memutuskan untuk tidak membuat sebarang acara bagi menggantikan kenduri perkahwinan yang sepatutnya dilakukan pada Sabtu ini.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata anaknya sudah selamat dikebumikan maka sudah pastinya majlis perkahwinan terbabit juga tidak dilangsungkan.

“Malah, saya tiada sebarang rancangan untuk mengadakan kenduri arwh ataupun doa selamat.

“Persiapan perkahwinan pun sudah pun dibatalkan, malah tiada yang perlu dilakukan lagi.

“Sekarang, kami mahu berehat seketika kerana sudah 20 hari bersama Allahyarham ketika menerima rawatan,” katanya dalam nada tenang ketika ditemui di Kampung Tebengau di sini, petang tadi.

Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Rodzi, 25, ditangguhkan sejak dimasukkan ke hospital.

“Malah, segala kelengkapan yang digunakan untuk kenduri kahwin sepupu arwah yang berlangsung hari ini (semalam) seperti khemah, kerusi meja juga yang sepatutnya dihantar esok (hari ini) bagi persiapan juga sudah dibatalkan.

“Kami semua redha pemergian Allahyarham dan biarlah beliau bersemadi dengan aman sebagai syahid,” katanya.

Sementara itu, tunang Adib, Nurul Najihah, dalam nada sedih dan marah mempertikaikan pihak yang menyebarkan kad perkahwinan mereka.

“Entah siapalah yang sebarkan kad perkahwinan kami,” katanya sebelum berlalu pergi dengan diiringi anggota bomba wanita.

Terdahulu, lebih 1,000 penduduk kampung termasuk keluarga dan serta anggota dan pegawai bomba hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib sejak jam 7 pagi.

Jenazah Muhammad Adib diterbangkan menggunakan helikopter MI17-IV JBPM dan tiba padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau, di sini, 10.35 pagi, selepas penerbangan yang memakan masa dua jam itu.

Dalam penerbangan itu, jenzah Allahyarham ditemani ibu bapa dan tunangnya dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Jenzah yang diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam lengkap bersongkok mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini terlebih dulu untuk penghormatan terakhir.

Solat jenzah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, manakala bacaan talkin disempurnakan Imam masjid, Zainuddin Hassan dan dibantu Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Wahab Chik.

Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Adib yang parah dipkul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang perusuh susulan insiden rsuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

ADAKAH KEMATIAN MUHAMMAD ADIB DIKIRA SYAHID

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, saya ingin bertanya, apakah kemtian Muhammad Adib dikira syahid?

Jawapan

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan dengan menta’yin seseorang itu mti syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah SAW atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya. Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, kita berdoa agar Muhammad Adib dikurniakan kemuliaan seorang syahid.

Dalam hal ini, kami mendalilkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (653)

Imam al-Tabrizi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) ialah orang yang ditimpa binaan atau dinding kemudian mati kerananya. (Lihat Mishkat al-Mafatih, 11/218)

Maka dalam isu seperti ini, kami qiyaskan dengan sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) iaitu orang yang mati kerana dihempap atau ditimpa runtuhan. Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) di sini juga sama apabila dihentam, dipijak dan sebagainya.

Selain itu, beliau ini mati kerana mempertahankan dirinya sendiri. Oleh itu beliau termasuk dalam hadis sepertimana yang diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid R.A, sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ

Maksudnya: “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid.”

Riwayat Ahmad (1652), Abu Daud (4772), al-Nasa’ie (4095)
dan al-Tirmizi (1421). Tirmizi berkata: Hadis hasan sahih.

Imam al-Munawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata: Syahid di sini ialah syahid akhirat, bukanlah syahid dunia (di mana ia tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya). (Lihat Faidh al-Qadir, 6/195)

Syeikh Syams al-Haq al-‘Azhim Abadi: Syahid tersebut bermakna syuhada’ akhirat iaitu baginya pahala syahid. (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, 9/2063)

Wajh istidlalnya adalah pada “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid” (وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ). Begitu juga beliau telah mempertahankan harta orang ramai, maka ini termasuk dalam pengertian “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid” (مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ).

Allahyarham bukan sahaja menjalankan tugas dengan penuh keberanian, tetapi beliau cuba memadam api yang sedang marak. Malangnya api kemarahan singgah pada batang tubuhnya. Semoga syahid menjadi miliknya dan semoga Allah mencucuri rahmatnya. Amin.

Kita adalah hamba Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Kami katakan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW:

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

(Surah al-Baqarah: 156)

Sesungguhnya hanya kesabaranlah yang menghiasi orang-orang yang beriman. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar sahabat kita Muhammad Adib Rahimahullah ini ditempatkan dalam syurga-Nya. Kepada kaum keluarganya, kami ucapkan rakaman takziah dan juga kesabaran menjadi milik keluarga ini. Semoga peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kami memohon maaf kerana tidak sempat untuk solat jenzah bersama tetapi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah melakukan solat jenzah ghaib selepas Zohor tadi.

Al-Fatihah buat Muhammad Adib. Sekali lagi, takziah buat keluarga.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa untuknya:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Amin… petikan dari muftiwp.gov.my

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *