Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin Jelaskan Mengapa Najib tak takut undang-undang!

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin Jelaskan Mengapa Najib tak takut undang-undang! Ooo Patutla!

SHAH ALAM – Penemuan pelbagai barangan mewah di kediaman milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau tidak takut pada undang-undang.

loading...

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin berkata, adalah mustahil bagi sesiapa mempercayai bahawa wang tunai, jongkong emas, permata berlian, jam tangan mewah dan beg tangan mahal yang ditemui itu adalah kekayaan turun temurun Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kalau dia takutkan undang-undang dan pembalasan, dia tentulah tidak menyimpan begitu banyak kekayaan peribadinya di tempat-tempat yang boleh dijumpai. Tetapi itulah yang berlaku,” katanya dalam tulisan di blognya, hari ini.

Menurut A Kadir, penemuan itu juga menunjukkan bahawa Najib terlampau percaya dengan pengikutnya bahawa BN akan menang dalam PRU14 sehingga beliau tidak membuat persediaan untuk menyelamatkan dirinya.

loading...

Advertisement

“Mereka (penyokong) inilah yang memesong dan meyakinkan Najib yang dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana BN akan memang besar.

“Kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana atas maklumat palsu itulah Najib terus menyimpan harta karun yang luar biasa banyaknya itu di dalam negara,” katanya.

loading...

Katanya lagi, apa yang akan terjadi kepada Najib seterusnya sudah boleh diagak apabila beliau dipanggil untuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa ini berkaitan isu SRC International Sdn Bhd.

“Syarikat milik Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia.

“Kemungkinan Najib akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima atau menggunakan duit SRC untuk tujuan peribadi. Jumlah duit SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dianggarkan antara RM40 juta hingga RM70 juta,” katanya.

loading...

Menurut beliau, adalah amat penting kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta bantuan negara lain yang turut menyiasat skandal berkenaan.

“Harap-harap dengan tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM itu, saga SRC dan 1MDB dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum dan harta yang dicuri itu diperoleh semula,” katanya.

Awal pagi semalam, sebanyak 284 kotak berisi tas tangan berjenama mewah antaranya Hermes, Birkin dan Louis Vuitton diambil oleh pihak polis dalam pemeriksaan di kondominium mewah di Pavilion Residence.

loading...

Polis juga mengambil beberapa barangan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan juga di Pejabat Perdana Menteri.

Kesemua barangan termasuk dokumen yang diambil adalah bertujuan menyiasat kes 1MDB.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak kenyataan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang menyatakan bahawa pegawai suruhanjaya itu akan hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu untuk merakam percakapannya..

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah menyerahkan notis kepada Najib untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM bagi tujuan tersebut.

“Datuk Seri Najib dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International.

“Saya menolak kenyataan peguam Najib bahawa pegawai SPRM yang akan hadir ke rumah beliau untuk merakam percakapannya,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tambah Azam, dalam notis yang diserahkan kepada Najib pada Jumaat sudah jelas dinyatakan bahawa beliau perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM.

Terdahulu, Harpal mendakwa keterangan daripada bekas pengerusi Barisan Nasional itu akan diambil pukul 8 pagi di kediamannya di Langgak Duta, di sini.

Sementara itu, Harpal berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung siasatan berkenaan sama ada turut melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Pada Jumaat, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib bagi menghantar notis berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. – Bernama

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/19/sprm-ambil-keterangan-najib/#oGG3wjrjdyU7kC1R.99

 

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *