Klon Monyet Pertama Dunia Berjaya Dicipta. Namun, Adakah Ini Sejarah Yang Membanggakan Atau Menakutkan?apa Akan Jadi Pada Dunia Terus Menjadi Tanda Tanya?

Klon Monyet Pertama Dunia Berjaya Dicipta. Namun, Adakah Ini Sejarah Yang Membanggakan Atau Menakutkan?apa Akan Jadi Pada Dunia Terus Menjadi Tanda Tanya?

BEIJING – 20 tahun lalu, para saintis berjaya mencipta biri-biri klon yang diberi nama Dolly. Kini, dengan menggunakan proses dan teknik yang sama, saintis China telah menghasilkan dua monyet klon pertama di dunia.

loading...

Melalui hasil penyelidikan mengenai teknik pengklonan dan pemindahan sel nuklear somatik (SCNC) selama bertahun-tahun, monyet berekor panjang yang diberi nama Hua Hua dan Zhong Zhong ini telah ‘dilahirkan’ di Akademi Sains China (CAS), Institut Sains Saraf di Shanghai.

Kejayaan ini dikatakan mampu merangsang penyelidikan perubatan mengenai penyakit manusia.

loading...

“Usaha ini berjaya meruntuhkan halangan,” kata Muming Poo, Pengarah Pusat Kecemerlangan dalam Sains Otak dan Teknologi Kebijaksaaan CAS.

Kelahiran kedua-dua monyet yang berusia enam dan lapan minggu itu turut menimbulkan kebimbangan ramai individu.

loading...

Adakah saintis akan menggunakan kaedah ini untuk mengklon manusia pada suatu hari nanti?

Ketika ditanya sama ada kaedah ini boleh dilakukan terhadap sel-sel manusia, Poo menjelaskan bahawa manusia boleh diklonkan dengan teknik tersebut kerana wujud persamaan spesies antara monyet, kera dan juga manusia.

loading...

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa matlamat pasukannya dalam melakukan pengklonan ini adalah bagi tujuan perubatan.

“Manusia adalah primat. Oleh itu, untuk pengklonan spesies primat termasuk manusia, halangan teknikal ini dihapuskan. Tujuannya untuk menghasilkan model haiwan yang berguna sebagai ubat untuk kesihatan manusia”.

loading...

“Bagaimanapun, kami tidak mempunyai niat untuk mengaplikasikan kaedah ini kepada manusia,” jelas Poo lagi.

Dalam beberapa bulan yang akan datang, dijangka akan ada lebih banyak beruk yang akan diklonkan.

Namun ramai yang menentang keras rancangan untuk menghasilkan lebih banyak klon dan berpendapat ianya sebagai satu ‘peristiwa yang menakutkan’.

Dr David King, penyelidik di Human Genetics Alert berpendapat kejayaan pengklonan ini merupakan batu loncatan untuk penghasilan klon manusia pada masa akan datang.

“Walaupun secara teknikalnya ia kelihatan sukar, namun dengan adanya sumber kewangan yang mencukupi dan impian untuk menjadi individu pertama mencipta bayi klon, sesiapa sahaja pasti mahu mencubanya”.

Hua Hua dan Zhong Zhong dicipta melalui kaedah pemindahan sel somatik yang melibatkan pemindahan sel nuklear termasuk DNA ke dalam telur yang telah dibuang nukleus lalu digantikan dengan nukleus lain daripada sel badan.

Namun apa yang menjadi kebimbangan ramai adalah apabila para saintis kini sedang berusaha untuk menghasilkan populasi monyet klon secara besar-besaran.

Tujuannya adalah untuk mengkaji pelbagai perkara khususnya tentang biologi spesies ini tanpa perlu mengeksploitasi haiwan tersebut di hutan.

“Kita boleh menghasilkan monyet klon yang mempunyai latarbelakang genetik sama. Dengan ini, kita dapat menguji keberkesanan dadah klinikal bagi merawat penyakit otak, kanser, imun dan gangguan metabolik”.

Akan tetapi, Penasihat Polisi Sains bagi persatuan kebajikan haiwan (PETA) United Kingdom, Dr Julia Baines memberi amaran tentang bahaya pengklonan ini.

“Pengkaji menerima dana untuk melaksanakan ujikaji ke atas haiwan dan pengklonan monyet merupakan perkara yang tidak diterima oleh PETA”.

“Pengklonan adalah pertunjukan ngeri: pembaziran nyawa, masa dan wang – dan penderitaan yang berpunca daripada ujikaji ini adalah tidak terbayang”.

“Pengklonan mempunyai sekurang-kurangnya 90% kadar kegagalan, dua monyet ini mewakili kesedihan dan kematian pada skala yang besar”.

Malah, Dr Julia turut meminta agar ujian ke atas haiwan ini dihentikan pada kadar segera.

Mengikut laporan mengenai ujian pengklonan tersebut, banyak haiwan yang terbunuh semata-mata untuk mencipta klon baharu. Ada yang mati sebaik sahaja dilahirkan dan hal ini memberikan impak negatif ke atas ibu haiwan ini.

Sungguh menakutkan! Walaupun secara kasarnya kejayaan ini merupakan bukti kemajuan manusia dalam sains dan teknologi, namun bukankah lebih baik jika isu pengklonan ini tidak dibangkitkan oleh para saintis. Takut juga selepas ini ramai yang akan mencipta manusia klon.

Apa akan jadi pada dunia?

 

sumber:Era Baru

 

.

 

Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri

Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,
Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.
Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

 

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

 

Sumber: NasihatUstaz.my

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *