“Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia” – Ustaz Azhar Idrus

“Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia” – Ustaz Azhar Idrus

Penceramah agama popular, Azhar Idrus melarang wanita Islam mengambil gambar di kedai foto milik orang bukan Islam.

loading...

Azhar berkata kaum lelaki seboleh-bolehnya perlu menghalang gambar anak dan isteri mereka berada di tangan orang bukan Islam untuk menjaga batasan syarak.

“Gambar orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir. Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir,” katanya dalam artikel soal-jawab agama diterbitkan portal rasmi PAS, Harakahdaily, semalam.

“Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia,” katanya.

loading...

Beliau berkata demikian apabila ditanya hukum menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram dalam apa juga bentuk.

Katanya, zaman sekarang lelaki dan wanita bukan mahram berkongsi gambar melalui media sosial semata-mata untuk berseronok.

Perbuatan itu juga, katanya, akan menjurus kepada zina kerana bermula daripada menatap gambar, kemudian melahirkan perasan rindu dan seterusnya mengadakan pertemuan.

loading...

Azhar berkata pengecualian diberikan kepada majikan untuk menyimpan gambar pekerja wanita Islam.

Azhar juga menganggap haram untuk seseorang gadis Islam berkenalan dengan lelaki Islam, sebaliknya berkata mereka hanya boleh berkawan dengan wanita.

“Kawan sama-sama perempuan tidak apa. Carilah kawan sama-sama perempuan, biar sampai ke hujung dunia, sampai ke Amerika, Kanada, tiada hal, sama-sama perempuan, dengan kafir pun boleh. Dengan orang laki-laki tidak boleh juga, melainkan niat hendak bernikah.

loading...

Katanya, pertemuan wanita dan lelaki juga harus mempunyai batas sebelum bernikah.

“Tapi bila niat hendak bernikah, tidak boleh berjumpa di tepi-tepi jalan macam itu. Kena di rumah sahaja, kemudian ditemani oleh mahram,” katanya yang menambah sesetengah ulama tidak membenarkan perjumpaan sedemikian melainkan mahram menjadi “orang tengah” jika pasangan itu mahu kirimkan sesuatu.

Sumber: freemalaysiatoday.com

loading...

.

“Allah Telah Menemukan Saya Dengan Jodoh Dunia Akhirat”- Baca Ucapan ‘Cinta’ Fattah Amin Untuk Fazura Ini. So Sweet!

Siapa sangka selepas berlakon bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella akhirnya dua bintang besar dalam industri tempatan, Fattah Amin dan Fazura akhirnya jadi suami isteri. Boleh katakan bahawa Fattzura merupakan pasangan paling sweet pada tahun 2017.

Sempena itu, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan beri ucapan penghargaan buat peminat, keluarga, rakan-rakan dan semestinya buat isteri tercinta, Fazura.

2017 merupakan tahun bertuah buat Fattah Amin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas peluang untuk melalui tahun baru sekali lagi.

So many things happened in 2017 sehinggakan saya tak dapat gambarkan betapa bertuahnya saya untuk tahun 2017! Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana banyak perkara yang telah saya belajar dan juga temui ramai orang-orang yang cukup banyak membantu saya menjadi seorang yang lebih baik bukan sahaja sebagai seorang artis, tapi juga sebagai seorang insan.

First and foremost, saya nak ucapkan terima kasih to all my beloved family, wife and fans yang tak jemu-jemu menyokong saya. Berkat dan hasil dari sokongan anda semua, saya telah berjaya memenangi beberapa anugerah utama tahun lepas. Dari Anugerah ABPBH, Meletop, Anugerah Buku Negara – semua ini dan banyak lagi tidak akan menjadi kenyataan tanpa anda semua.

Bersyukur dapat ditakdirkan hidup bersama dengan Fazura

Paling membahagiakan saya ialah Allah telah menemukan saya dengan jodoh dunia akhirat, jodoh yang terbaik untuk saya, @missfazura. We are not perfect, but our love for each other makes up for our imperfection. Saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan dapat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang ayu namun berani, seorang wanita yang anggun namun bersahaja, seorang wanita yang lemah lembut namun cekal. Saya sangat berterima kasih dan terharu atas semua #doayangbaikbaik banyak pihak sehingga kami dipertemukan.

In these first few days of 2018, saya doakan semoga kita semua agar dikurniakan rezeki, kebahagiaan dunia akhirat dan daya usaha untuk terus lebih maju sepanjang tahun ini.

Smart people think, Brave people talk, Great people act. Have a fantastic year ahead and may we all stay in the blessing of Allah in everything we do!

Sumber: Instagram Fattah Amin

Kredit ohbulan!

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *