“Ini Balasan Kau! Baru Tiada Orang Suka!” Suami Botakkan Isteri Kerana Syak Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain.

“Ini Balasan Kau! Baru Tiada Orang Suka!” Suami Botakkan Isteri Kerana Syak Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain.

 

loading...

Kebahagiaan seorang isteri ialah apabila dia memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Namun, hidup seorang isteri juga boleh jadi merana apabila mempunyai suami yang kejam, kaki pukul dan panas baran. Aduhai…

Hal inilah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia telah dipukul dan dibotakkan kepalanya oleh si suami yang menyangka dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suri rumah yang malang itu telah menghubungi bapanya yang tinggal di Petaling Jaya untuk memberitahu niat nya ingin berpindah ke rumah orang tua tersebut.

loading...

Apa yang mencurigakan bapa mangsa ialah anaknya yang tinggal di Taman Kluang Setia, Johor kedengaran menangis menerusi panggilan tersebut, namun tidak pula diberitahu apa sebabnya.

Namun pada keesokan paginya, dia telah dikejutkan dengan beberapa mesej WhatsApp daripada besannya yang menunjuk kan gambar mangsa yang cedera akibat kesan pukul.

Risau dengan situasi anak perempuan nya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membuat laporan polis dan memuat naik gambar- gambar tersebut di laman Facebook.

loading...

Berdasarkan siasatan polis, suami mangsa yang bekerja sebagai kontraktor telah memukul serta membotak kan kepala isterinya kerana mengesyaki wanita tersebut curang.

Suspek telah memukul kepala dan muka isteri nya menggunakan tangan. Walaupun mangsa cuba menghentikannya, dia tidak berjaya dan mengalami kesan lebam di bahagian muka, kepala dan kedua-dua tangannya. Suami mangsa juga telah mencukur kepala wanita itu sehingga botak.”

— Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham.

loading...

Walau bagaimanapun, mujurlah wanita itu telah berjaya diselamatkan ibu mertua nya yang kemudian memujuk mangsa untuk membuat laporan polis terhadap anak nya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, ibu mertuanya juga telah memaksa mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital, namun mangsa menolak.

Susulan daripada laporan polis yang dibuat, suami yang kejam itu telah ditahan polis dan disahkan positif dadah methamphetamine. Patut lah! Kes ini sedang di siasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan Akta Keganasan Rumah Tangga.

loading...

Entri Facebook yang dimuat naik bapa mangsa pula telah dipadam untuk mengelakkan pertelingkahan antara dua keluarga yang mana difaham kan suspek juga berasal daripada keluarga yang bermasalah.

Teringat pula kata -kata Prof Muhaya suatu masa dulu. Wanita yang malang adalah wanita yang ter salah memilih suami. Harap mangsa bangkit daripada trauma yang menyelubungi diri nya dan bahagia bersama anak- anak.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *