Ibu Buang Bayi Kembar Tepi Jalan Dalam Keadaan Bogel, Salah Seorang Meninggal Dunia Kerana Terlalu Sejuk! Kejamnya!

Ibu Buang Bayi Kembar Tepi Jalan Dalam Keadaan Bogel, Salah Seorang Meninggal Dunia Kerana Terlalu Sejuk! Kejamnya!

Malang nasib bayi kembar apabila ibu mereka sendiri tergamak membuang mereka di tepi jalan.

loading...

Kejadian yang berlaku di wilayah Negros Oriental, Filipina itu menyebabkan salah seorang daripada bayi perempuan terbabit meninggal dunia.

Menurut sumber, penduduk perkampungan Datagon mendengar tangisan bayi terbabit bergegas ke tempat kejadian.

loading...

Sebaik tiba, mereka menemui dua bayi perempuan dalam keadaan bogel di tepi jalan.

Mereka membalut bayi terbabit dengan tuala dan kain sebelum dikejarkan ke hospital.

loading...

Namun, seorang daripada bayi terbabit yang lebih kecil dan lebih lemah, tidak sedarkan diri ketika ditemui dengan kulitnya sudah bertukar pucat.

“Seorang bayi terbabit sudah tidak bernafas manakala seorang lagi masih kuat dan bergerak aktif.”

Bayi tersebut disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital.

Ibu kepada bayi kembar tersebut dipercayai membuang bayi terbabit pada awal pagi sebelum tangisan mangsa didengar orang ramai.

Polis berusaha mengesan ibu bayi terbabit yang memberhentikan kereta dan meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum memandu pergi.

Tergamak betul buang bayi sendiri. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni!

Sumber : Daily Mail

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *