Dr Lee Dedah Sesuatu, Apa Yang Berlaku Sewaktu Allahyarham Adib Dirawat

Dr Lee Dedah Sesuatu, Apa Yang Berlaku Sewaktu Allahyarham Adib Dirawat

Kesihatan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim nampak memberangsangkan sebelum tiba-tiba dilaporkan merosot semula pada Ahad lalu.

loading...

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika ditemui di Astro AWANI hari ini, itu merupakan lumrah perubatan.

“ Saya sendiri sudah jumpa doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN), saya yakin mereka sudah lakukan yang terbaik.

” Beliau (Adib) sudah diberi rawatan terbaik yang ada,” kata Dr Lee, ketika ditemui wartawan di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.

loading...

Beliau turut berkata, sewaktu mula-mula tiba di hospital pada 27 November lalu, paras oksigen dan tekanan d4rah Adib amat rendah.

Menurutnya, beliau belum mendapat kepastian lagi berhubung kesihatan Adib yang merudum pada Ahad lalu.

“ Saya bukan doktor yang merawat. Malangnya perubatan kadang kala begitu.

loading...

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang perlu,” katanya.

Selepas 20 hari bertarung nyawa, Adib  akhirnya kembali menemui Ilahi, selepas mengalami kec3deraan p4rah akibat dipuk0l sekumpulan perusuh dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Seafield, Subang Jaya pada awal 27 November lalu.

Terdahulu media melaporkan bahawa keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang c3dera p4rah selepas diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Subang Jaya, 27 November lalu, dilaporkan semakin merosot dan membimbangkan.

Sejurus selepas itu doa seluruh rakyat Malaysia sangat diperlukan ketika ini untuk menstabilkan semula tahap kesihatannya.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, fungsi paru-paru Muhammad Adib mengalami kemerosotan yang progresif.

“Selepas menjalani pemerikasaan, paru-paru Muhammad Adib menunjukkan tanda-tanda penyatuan dan pengerasan pada tisu paru-paru. Kondisi itu menyebabkan pertukaran gas tidak efektif.

“Bukan itu sahaja, fungsi buah pinggangnya juga bertambah bur0k, sehingga menyebabkan dia memerlukan semula sokongan dialisis,” kata IJN.

Hal demikian, IJN telah mengadakan sesi perbincangan dengan beberapa disiplin perubatan memutuskan untuk menggunakan semula mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) pada jam 9 malam semalam bagi membantu paru-parunya berfungsi.

“ Dalam situasi ini, penerimaan lawatan sangat terhad.

“Kami (IJN) sangat mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk mengembalikan kesihatan Muhammad Adib,” ujarnya semalam

Sementara Kepiluan dan kedukaan yang bersarang di jiwa Nurul Najihah Mohd Radzi ketika ini tidak sama seperti kesedihan yang sedang dirasai jutaan rakyat Malaysia ketika ini.

Nurul Najihah mempunyai banyak sebab untuk berduka, merintih atau menangis semahu-mahunya kerana dia kehilangan seorang lelaki yang sepatutnya bergelar suami pada 22 Disember ini.

Namun, apa kudrat yang Nurul Najihah ada untuk menghalang tragedi yang meragut nyawa tunangnya, Muhammad Adib Mohd Kassim. Hasrat dan cita-cita pasangan itu untuk disatukan sebagai suami isteri musnah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: astro awani via gnews.fun

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *