Dahulu dia gadis yg bahagia, cantik, comel. Sekarang hanya “Mak” yang mampu diungkap. Doa dan sumbangan untuk Nurul

Dahulu dia gadis yg bahagia, cantik, comel. Sekarang hanya “Mak” yang mampu diungkap. Doa dan sumbangan untuk Nurul

Seringkali kita mendengar kisah ibu tiri yang memilih kasih terhadap anak tiri kerana anak itu bukan lahir dari rahimnya. Namun hakikatnya, ada ibu tiri yang penuh sifat kasih, yang ikhlas menjadi ibu pada anak-anak suaminya. Jauh sekali dilayan sebagai anak tiri bahkan kasih sayang yang dicurahkan selayaknya umpama anak kandung tidak terkurang sedikit pun.

loading...

Seperti kasih ibu tiri ini, Puan Marliani yang membesarkan anak tirinya selayaknya seorang ibu kandung sejak 14 tahun lalu. Namun, siapa sangka kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila Nurul Natasha yang kini berumur 24 tahun menderita penyakit SLE sejak berusia 17 tahun. Kini dia hanya mampu terbaring lemah bergantung pada bantuan oksigen sepenuhnya untuk hidup.

Ibu tiri yang sering diberi pandangan negatif oleh sesetengah orang inilah yang bertungkus lumus menjaganya. Dengan linangan air mata, kata Puan Marliani kasih sayang pada anaknya ini tidak berbelah bahagi. Ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Sebak!

Bismillah… Benar kasih ibu tiada galang gantinya namun selagi punya naluri seorang ibu.. kasih seorang ibu tiri juga tidak boleh dipertikaikan. Pn Marliani bt Zulkamel , seorang ibu tiri yang menjaga anak tirinya bagaikan anak kandung sendiri. Beliau mengahwini suaminya seorang duda yang kematian isteri ketika usianya 24 tahun.

loading...

Dua tahun selepas berkahwin… anak tirinya, Nurul Natasha Binti Othman yang ketika itu berusia 9 tahun dan sebelum ini dijaga nenek diambil menetap bersamanya. Bersama ayah Nurul pula, Pn Nani dikurniakan 5 orang anak yang masih kecil – kecil lagi. Segalanya indah belaka pada awalnya. Pendapatan ayahnya sebagai pemandu lori cukup untuk membuatkan mereka sekelurga hidup bahagia dan serba cukup.

Bagaimanapun ketika berusia 17 tahun, Nurul mulai jatuh sakit. Selepas SPM , dia melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS di KL dan ketika di sana dia memaklumkan kepada ibu tirinya, badannya tiba-tiba bengkak dan sakit. Dia di bawa pulang ke Sg Petani dan sejak itu.. dari hari ke hari keadaannya bertambah teruk. Dia terpaksa berhenti belajar bila akhirnya dia disahkan SLE.

Apakah SLE?. Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kr0nik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindak-balas dengan tisu badan pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

loading...

Keadaan kesihatan Nurul menyebabkan kehidupan mereka telah berubah. Ayahnya tidak lagi bekerja seperti dahulu. Kalau dulu, dia menjadi pemandu sepenuh masa, kini dia bekerja mengikut gaji hari dan trip. Semuanya kerana dia terpaksa berulang alik ke hospital membawa Nurul mendapatkan rawatan. Habis mereka bergolok bergadai demi merawat Nurul.

Dua tahun lalu , Nurul juga telah menjalani kemeoterapi sebanyak enam kali dan sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot hinggalah akhirnya sejak dua bulan yang lalu, dia hanya mampu terlantar dan memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya . Dia juga perlu menjalani pemeriksaan di hospital dua minggu sekali. Dan sejak dua bulan lalu, ayahnya semakin kurang keluar bekerja kerana selalu saja terpaksa bekejar ke hospital tengah malam kerana keadaan Nurul yang semakin tenat.

Bagi ayahnya, Encik Othman, beliau rela mengepikan sementara kerjanya walaupun sedar risikonya mereka akan kesempitan kerana ingin memberikan yang terbaik buat Nurul. Jauh di sudut hatinya, sekiranya ditakdirkan Nurul pergi, sama seperti yang pernah dialami oleh arwah ibunya akibat sakit yang sama ini dulu.. sudah tiada penyesalan lagi di hatinya kerana telah berusaha memberikan yang terbaik buat Nurul.

Kasih si ibu tiri… sejak Nurul sakit bertahun-tahun, dialah yang menjaga Nurul di wad. Ayah Nurul menguruskan adik-adik di rumah. Kalau di rumah pula.. ibu tiri inilah yang memandikan, menyiapkan dan menyuapkan malah menguruskan segalanya untuk Nurul.

Bahkan dalam linangan air mata.. dia menyatakan kasih sayangnya pada Nurul tidak berbelah bahagi apatah lagi sejak terlantar … Nurul hanya mampu memanggil namanya . Semoga dengan tabung kita hari ini , dapat membantu keluarga Nurul yang benar-benar di tengah kegentingan ini menyediakan segala keperluannya termasuk sebuah kerusi roda selain keperluan utama susu dan lampin pakai buang.

Tabung ini akan ditutup dan post ini akan dipadam setelah jumlahnya mencukupi. Kita permudahkan orang .. InshaAllah akan ada insan yang Allah kirim untuk permudahkan kita satu hari nanti. Atas segala budi dan jasa ..hanya Allah sebagai saksi. Terima kasih. Wassalam. Sumbangan boleh dihulurkan kepada Nurul Natasha Binti Othman, 23 tahun yang menghidapi SLE Lupus melalui akaun bank yang tertera di bawah.

BANK ISLAM : MARLIANI BINTI ZULKAMEL (IBU) 02020020861341 atau 0230029000165450 (Othman Bin Hashim BSN) dan juga no akaun Puan Natipah Abu jika akaun ibu mempunyai masalah. Menerudi akaun MAYBANK :NATIPAH ABU 552107617521. Puan Natipah akan serahkan kesemua sumbangan kepada keluarga Nurul Natasha. Sumber : Natipah Abu Bakar via siakapkeli

Apa Itu penyakit SLE
SLE atau “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakiit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah rdang kulit dan sakiit sendi (arthritiis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakiit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau seriius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah knak-knak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

Diskoid lupus eritematosus (DLE)merupakan penyakit kulit yang kroniik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal
ialah keadaan yang boleh berlaku pada byi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, byi ini akan mendapat radang kulit, masalah hatii, dan masalah drah (low blood counts)..Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.

Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi byi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantng yang mengganggu perjalanan jantng. Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drg-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *