Bomoh Menyamar Jadi Ustaz! Panggil ‘Ustaz’ Ini Untuk Mengubati Sakit Mak Tapi Apa Yang Jadi MENYERAMKAN! Betul-betul Tak Sangka!

Bomoh Menyamar Jadi Ustaz! Panggil ‘Ustaz’ Ini Untuk Mengubati Sakit Mak Tapi Apa Yang Jadi MENYERAMKAN! Betul-betul Tak Sangka!

Cerita saya ni adalah 100% benar berlaku dalam kehidupan saya dan keluarga. Kisah ni agak panjang sikit, harap pembaca sudi baca sampai habis huhu. Kisah ni bermula bila ibu saya sakit tangan sebelah kanan. Tangan ibu tak boleh angkat dan terasa seolah2 macam ada benda dekat tangan dia. Pelbagai ustaz dan darul shifa kami pergi tapi tangan ibu tetap macam tu. Baiknya sekejap tapi sakitnya datang balik.

loading...

Suatu hari ibu bagitahu ada seorang ustaz dengan kawan dia nak datang. Ustaz tu ibu kenal melalui kawan sekolah dia. Kami agak pelik, selalu ibu akan tanya pendapat kami dulu kalau ada ustaz nak datang rumah tapi kali ni tak. Hari ustaz tu nak datang, baru ibu bagitahu kami. Tapi kami cuba fikir positif. Ustaz tu janji nak datang pukul 9pm. Kami tunggu dia, bila dah lebih pukul 9 kami call tanya dia dah sampai mana. Katanya dia dah nak sampai.

Ustaz ni dari Nilai. Okay kami pun terus tunggu. Bila jam dah mula tunjuk pukul 10.30pm, ayah try call ustaz lagi sekali. Dia kata tunggu sekejap dia tengah makan durian. Aik, masa tu saya dah tak sedap hati. Tapi macam biasa, saya cuba positifkan diri. Pukul 11pm baru ustaz sampai rumah saya. Bila dah sampai dia tak terus masuk tapi dia lepak isap rokok dengan kawan dia dulu dekat luar. Bila ayah dan abang saya ajak masuk dia kata nanti dulu. Dia seolah2 cuba nak melengahkan masa.

.

loading...

Bila jam dah hampir 11.30pm, baru ustaz tu masuk rumah. Saya ingat lagi dia pakai baju melayu biru berseluar jeans dan berkopiah. Dia pandang sekeliling rumah dan dia kata “panas rumah ni”. Lepas tu dia duduk dia buka barang2 yang dia bawa. Dia bawa 7 jenis bunga dan limau. Sambil dia potong bunga2 dia tu dia berborak dengan kami. Saya dah mula hilang sabar sebab jam dah nak pukul 12pm ni. Selalunya pukul 12 orang akan stop berubat sebab waktu tu waktu benda2 halus aktif. Tapi ustaz ni lain. Jam pukul 12pm dia start berubat.

Mula2 dia minta air mineral dua botol. Saya dengar ada ayat Al Quran dia baca tapi akhir bacaan mulut dia cuma terkumat kamit. Dalam masa yang sama dia minta nama saya dan ibu saya. Sebab sebelum tu ibu ada cerita dia mimpi something yang ada kaitan dengan saya jugalah. Ok selesai dia baca2 dekat air tu, dia kata, “satu botol untuk awak dan satu botol lagi untuk mak awak. Minum sampai abis nanti. Jangan tertukar botol”. Saya pun ambil. Dia suruh minum sikit waktu tu. Saya minum sikit je sebab tak boleh telan. Rasa macam tersekat kat tekak. Tapi ibu saya minum satu cawan relax je.

Kemudia dia suruh ibu duduk melunjur kaki. Dan tanpa minta izin dari ayah, dia dengan selambanya pegang badan ibu tanpa pakai sarung tangan. Masa tu hati masing2 terdetik tapi tak tahu kenapa tak ada siapa yang bersuara. Kami macam kena pukau. Sebelum ni bila ibu berubat saya selalu nampak mereka pegang hujung jari kaki dan untuk tangan pula mereka akan minta izin untuk pegang dan kadang2 mereka minta kita yang perempuan tolong pegang. Dan yang saya bertambah pelik, ibu sakitnya di tangan tapi dia tepuk2 di bahagian pinggang, bawah lengan, kepala dan kaki. Dia macam tengah “kunci” sesuatu dibadan ibu.

loading...

Bila dah selesai dia minta ibu mandi bunga . Katanya untuk membuang benda2 tu. Dia minta ibu mandi dulu kemudian baru mandi bunga. Masa saya teman ibu mandi, saya tanya ibu, “Ibu, sakit tak masa dia tepuk tadi?’. Ibu kata sakit dan ibu macam tengah tahan nak menangis. Bila dah selesai kami panggil dia. Saya fikir saya lah yang akan mandikan ibu tapi rupanya dia yang siramkan air bunga tu dekat ibu. Saya agak terkejut sebab saya tak pernah nampak situasi macam ni. Tapi itulah mulut seakan terkunci untuk bersuara. Oh lupa nak cakap. Masa ustaz tu mandikan kami ada sekali dalam bilik tu ye .

Selepas selesai yang tu kami semua turun ke ruang tamu, ustaz dah siap2 buat tiga bungkusan yang dalam setiap bungkusan tu ada bunga dan limau. Bungkusan tu dibalut dengan kain putih. Satu ustaz tu campak di bumbung rumah. Satu lagi di dalam bilik stor dan yang akhir di luar rumah. Kemudian ustaz tu tanya ada cincin yang berbatu tak? Kebetulan ibu saya ada cincin tu. Ustaz kata ni untuk buat pendinding diri. Lepas ustaz tu baca2 dekat cincin tu, dia pesan dekat ibu cincin ni jangan tanggal. Masa tengah hidangkan minuman untuk ustaz tu , dia tanya dekat rumah ni ada simpan pedang atau keris tak? Ayah kata ada, dia ada keris dan pedang peninggalan harta pusaka.

Ustaz minta izin nak tengok. Saya perhati masa ustaz tu tengok pedang tu dia ada usap kain putih dekat pedang tu. Kami bercakap dengan dia pun dia macam layan nak tak nak. Dia lebih focus pada pedang. Dan kawan yang dia bawa tu seolah2 cuba nak alihkan perhatian kami. Lepas tu dia serahkan balik pedang dekat ayah. Dan selepas ustaz tu balik keadaan rumah jadi suram. Kami semua tak dapat tidur. Tapi waktu ni saya tak rasa takut lagi sebab saya jenis malas nak layan.

loading...

Dah masuk part seram. Teruskan baca

Esoknya ibu cerita yang malam tadi dia dengar suara saya dan kakak saya bercakap depan pintu bilik dia. Kami nafikan. Kami kata lepas selesai semalam semua masuk bilik masing2. Ibu diam, lepas tu ibu pesan dekat saya suruh minum air yang ustaz tu bagi semalam. Air yang ibu punya dah habis satu botol ibu minum. Saya cuba untuk minum tapi tak boleh sebab rasa tersekat dekat tekak. Saya rasa nak termuntah. Tapi saya tak bagitahu ibu yang saya tak minum. Kemudian ibu kata nak pergi rumah nenek kami. Kami pun setuju sebab masing2 rasa tak selesa duduk dekat rumah. Rasa macam ada yang tak kena.

Sebelum pergi, ibu masak dulu. Sementara ibu masak, saya dan kakak naik bilik untuk bersiap. Saya pun lepak2 sekejap dalam bilik main phone. Masa tengah main phone saya dengar ada orang tengah mandi dalam bilik air. Saya fikir ibu saya yang tengah mandi. Saya pun relax lah main phone. Oh ye, bilik saya dan ibu jenis yang bilik air bersambung antara bilik. Lepas tu saya dengar akak saya panggil anak dia yang umur 3 tahun. Masa ni pintu bilik saya buka.

loading...

Saya tanya kenapa. Akak saya kata, “ni haa akak panggil Hud. Dia duduk sorang2 dalam bilik ibu. Akak tanya dia. Kenapa duduk bilik nenek. Dia kata ada nenek. Nenek tengah tido. Tapi akak tengok mana ada sapa. Dah lah jum siap cepat. Akak tak sedap hati ni”. Pastu saya kata, “eh memang ibu ada dalam bilik la. Tadi adik dengar ibu mandi”. Akak saya cakap, ” kau biar betul. Ibu ada kat bawah tu tengah makan dengan Hafif ( abang yang no 2 )”.

Masa ni jangan tanya hati saya rasa apa. Sumpah meremang bulu roma. Tapi saya tak nak fikir sangat. Saya masuk bilik semula dah tak dengar bunyi air. Saya pun masuk bilik air dan mandi. Masa saya masuk tu saya rasa macam ada yang memerhati. Dan bilik air masa tu bau busuk, lantai pun berlendir. Aish tak boleh jadi ni. Saya terus keluar pergi mandi dekat bilik akak. Apa yang berlaku kami tak cerita dekat ibu. Bila semua dah masuk dalam kereta dan nak bergerak tiba2 abang ipar cakap, “ibu bukan tadi pakai baju warna hijau ke? Ni kenapa pakai baju biru pula. Baju tadi dah okay. Cepatnya ibu tukar”.

Ibu jawab, “bila masa ibu pakai baju hijau. Ibu mana tukar baju. Ni lah baju yang ibu pakai dari tadi. Masa tu saya pandang kakak saya dari cermin sisi kereta. Abang ipar jawab, “lah, tadi kan saya ada tegur ibu masa ibu kat tangga nak naik atas. Tapi ibu tak jawab. Ibu terus naik” dan benda ni terus jadi tanda tanya. Keesokan harinya pula ibu cerita yang pagi tadi dia ada nampak Hafif dalam bilik dia. Dia tegur Hafif tapi Hafif tak cakap dengan dia. Dia kata Hafif pakai baju macam nak pergi kerja. Selalunya sebelum pergi kerja Hafif akan salam ibu dulu. Tapi yang peliknya Hafif ada dekat rumah. Bila tanya Hafif, dia ada masuk bilik ibu ke pagi tadi. Dia kata mana ada, dia tengah sedap tidur dalam bilik dia.

Saya dah mula syak ada hantu raya dekat rumah ni. Yang jenis menyerupai yang tak suka ni. Benda ni tak habis setakat ni, kebetulan esoknya ada majlis kesyukuran dekat rumah nenek saya. Dia ada jemput anak angkat dia yang juga seorang ustaz ( kali ni betul2 ustaz ). Saya panggil ustaz Shah. Masa majlis dah habis, kami sembang2 dekat luar rumah dengan ustaz ni. Kami cerita apa yang berlaku dalam tempoh 3 hari ni dan tentang ustaz Nilai tu. Ustaz ni minta cincin yang ibu saya tengah pakai sekarang. Saya pun minta cincin tu kat ibu.

Mula2 ibu tak nak bagi. Kami cakap elok2 baru ibu bagi. Tapi keadaan ibu masa tu lain sangat. Dia macam tak tentu arah. Saya bagi cincin tu dekat ustaz, ustaz masukkan benang dalam cincin tu dan ustaz pegang hujung benang ( orang bayangkan cara macam kita nak pukau orang tu). Ustaz tak goyangkan langsung cincin tu. Ustaz suruh cincin tu pusing. Cincin tu pusing sendiri. Kemudian ustaz Shah tanya, “kau ada khadam ke?”. Lagi laju cincing tu pusing sampai nak kena muka ustaz Shah.

Dari situ dah nampak, dekat cincin tu ada sesuatu. Ustaz ambil cuka dan siram cincin tu. Masa ni ibu kejap keluar kejap masuk rumah. Dia kata ada orang panggil dia. Dia macam orang tak betul pun ada. Dan masa ni tiba2 dia ajak balik. Dia paksa kami hantar dia balik. Takpelah. Kami pun ikutkan apa ibu nak.

Masa nak balik, ustaz bagi saya satu minyak. Minyak tu kalau sapu dekat sapa2 yang badan dia ada benda. Memang dia akan terus menjerit. Saya pula tiba2 datang idea nak sapu dekat ibu. Saya cakap “ibu, adik sapu sikit eh. Kita nak balik ni”. Ibu pun okay dan izinkan.

Bila saya sapu tiba2 ibu tepuk peha dia dan kata, “kenapaaaa jaddiii macammmm niiiiii”. Saya yang ada depan ibu masa tu meloncat ke belakang. Suara ibu macam nak menangis. Dalam masa yang sama juga makcik saya yang agak lemah semangat menjerit dan pengsan. Kami bawa makcik saya masuk bilik.

Masa ni ibu saya dah kena rasuk. Lepas makcik saya sedar kami tanya dia kenapa. Dia kata dia nampak ada benda dekat atas bahu kiri dan kanan ibu saya. Benda tu kecik je tapi lelaki dan perempuan. Yang ibu saya pula kena rasuk agak teruk. Dia macam hantu yang kelaparan. Dia cari ibu jari kaki. Dia nak hisap darah. Kami tanya dia, dia datang dari mana dia diam. Kami tanya dia lagi nak apa, dia jawab, “tu budak kecik kacau aku tido. Bodoh betul”. “Aku lapar, aku nak makan”. “Tuan aku hantar aku untuk kuatkan ilmu dia”, “korang tak bagi aku makan, korang buat aku marah”. Tiba2 ibu saya seakan teringat sesuatu , dia menjerit sambil kata, “mana cincin aku! Mana cincin aku!” start dari tu dia mula meracau kuat. Lama juga nak pulihkan ibu saya. Hampir 3 jam sebab dalam tubuh dia terlalu banyak sangat ustaz a.k.a bomoh gila tu letak barang dia. Bomoh tu kunci barang di setiap sendi ibu saya.

Lepas ibu dah mula sedar, ustaz Shah dan family lelaki yang lain bergerak pergi rumah saya. Buat masa ni ustaz Shah pesan kami tinggal dulu di rumah nenek sebab kalau kami ikut balik, benda tu akan masuk semula dalam badan ibu. Seolah2 macam dah ada connection. Di rumah saya, ada ayah dah menunggu. Lepas mereka sampai di sana, ibu yang ada di rumah nenek saya macam tak tenteram. Dia baring tapi dia gelisah. Dia ada kata, “dorang dah sampai ke?”. Dan mereka yang di rumah saya pun diduga juga. Mereka cari satu demi satu bungkusan yang ustaz a.k.a bomoh gila tu campak.

Bungkusan di bumbung jumpa, yang di bilik stor juga jumpa tapi yang di luar tak jumpa. Macam dah diambil seseorang terlebih dahulu. Ustaz Shah minta dekat ayah nak tengok pedang. Bila ayah ambil, tengok2 pedang tu dah terbuka sedikit dari sarungnya. Ayah pernah kata, jika ada orang yang datang rumah dengan niat tak baik, sarung pedang ni akan terbuka. Dan masa tu memang terbukti pedang tu terbuka. Kain balutan pedang tu juga ada beberapa kesan titisan darah. Ustaz Shah kata ni tempat jin2 tu makan. Lepas ustaz tu lap dan tukarkan kain, ustaz tu balut semula dan simpan. Kemudian mereka bergerak balik ke rumah nenek saya. Masa perjalanan balik untuk buang bungkusan2 tu, mereka naik dua kereta .
Abang saya iaitu Hafif , ustaz dan pakcik saya naik satu kereta dan yang selebihnya naik kereta yang satu lagi. Masa Hafif bawa kereta tu, dia rasa kereta dia berat sangat dan dia hampir2 nak langgar lelaki tua. Dia berhenti tepi jalan.

Dia kata dengan ustaz tadi dia ada langgar orang. Bila check tengok takda sapa pun. Hafif tak mampu nak teruskan perjalanan sebab dia rasa ada benda kacau fikiran dia. Dan ustaz Shah pun baca2 doa untuk pulihkan semangat Hafif dan kebetulan tepi jalan tu ada sungai besar. Ustaz campakkan bungkusan tu di sungai tu. Bungkusan tu dah diletakkan dalam tin biskut. Selepas tu mereka teruskan perjalanan macam biasa .

Alhamdulilah keadaan ibu semakin baik. Cincin tu walau ustaz kata dah boleh guna balik tapi ibu tetap pilih untuk buang. Dan ibu keluar dari group whatsapp sekolah yang ada kawan dia tu. Hampir sebulan kami tak pulang ke rumah dan tinggal sementara di rumah nenek. Kami dapat tahu dari jiran yang bomoh gila tu ada datang 2 kali cari kami di rumah. Kami juga dapat tahu rupanya dia bukanlah seorang ustaz. Tapi dia bomoh. Dia gunakan identiti seorang ustaz dan mengambil kesempatan ke atas orang2 yang perlukan bantuan. Dia datang bukan untuk membantu tapi untuk test power dia punya ilmu. Dia pilih orang2 yang lemah supaya senang jin2 dia nak dekat. Syukur Alhamdulilah , Allah bantu kami sebelum keadaan jadi semakin teruk.

Nasihat saya, jangan mudah percaya orang luar lagi2 yang bawa perwatakan baik. Kita tak tahu niat dia apa. Di dunia ni, banyak manusia yang suka mengambil kesempatan. Lagi2 pada insan yang lemah. Curiga tu ada masanya perlu supaya kita lebih berhati2. Oh sebelum saya lupa, saya juga dapat tahu rakan sekolah ibu saya tu isteri dia setiap kali mengandung mesti anak dia akan hilang dalam kandungan. Dan katanya ada kaitan dengan bomoh gila ni. Entahlah, Wallahualam…

Tambahan: ibu saya dah pergi hospital tapi doc sahkan tak ada sakit apa2, itu yang pergi cari ustaz. Sekarang Alhamdulilah, tangan dia semakin baik bila berubat dengan seorang pengamal perubatan.
Sumber : Ustaz Shah

.

Tuduhan mempunyai hubungan sulit atau skandal sering menjadi perhatrian dikalangan artis tempatan dan hangat menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini, dari yang heboh kerana dikatakan orang ketiga, hingga retaknya mahligai rumah tangga kerana ada hubungan tanpa pengetahuan suami atau isteri.

Tak hairan, skandal-skandal asmara yang menimpa ramai artis selalu buatkkan netizen tertarik dan heboh. Seperti kejadian yang menimpa Rita Rudaini , dengan berani isterinya isterinya Baizura Mohd Sabri, 34, telah memuat naik bukti perbualan suaminya dan Rita Rudaini di laman sosial Instagram miliknya (@baizura5). Bagaimanapun bukti itu telah dipadamkan.

Sepanjang 2017, terdapat skandal selebriti Tanah Air paling heboh. Siapa saja? Berikut hangat.com himpunkan dari berbagai sumber.
Aqasha & Rita Rudaini

Baizura telah memuat naik sekeping foto bersama kapsyen meluahkan isi hatinya yang sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama pelakon itu. [Hangat.com] Selepas dilanda kontroversi itu Aqasha akhirnya membuka mulut mengesahkan hubungan dia dengan isteri berada dalam keadaan baik.

Akhirnya Aqasha Buka Mulut Tentang Isunya Bersama Rita Rudaini.

Agak lama juga pelakon Aqasha berdiam diri selepas kisah sensasinya bersama Rita Rudaini menjadi tular di media sosial beberapa bulan lalu.

Berkesempatan bertemu aktor yang juga penyanyi ini sewaktu pra-tonton program Ramadhan Media Prima baru-baru ini memberi peluang kepada Suria untuk mendapatkan penjelasan yang tertangguh sekian lama.

“Apa yang saya boleh katakan, sebagai seorang lelaki dan seorang Muslim saya tahu apa yang saya lakukan.”

Aqasha juga tidak menafikan kebenaran foto-foto mesej perbualannya bersama Rita yang telah tersebar beberapa bulan lalu.

“Tetapi ini adalah pergolakan atau urusan rumah tangga dan saya percaya sebagai seorang individu saya bukanlah seorang yang suka berkongsi hal peribadi saya.”

“Saya lelaki, kalau artis perempuan itu lain ceritalah, kita tahu perempuan ini memang beremosi, tetapi pada saya cukup saya tahu apa yang saya buat dan tahu mengendali situasi, itu sudah berpatutan,” terangnya.

Menurut Aqasha lagi, beliau tidak kisah akan tanggapan serta spekulasi orang ramai terhadap dirinya.

“Masyarakat Malaysia tidak perlu menumpukan perhatian mereka kepada kehidupan peribadi artis. Mereka lebih perlu menumpukan kepada visi dan tujuan artis serta sumbangan kerja seseorang artis itu”.

Saat ditanya adakah beliau sedia kembali bergandingan bersama Rita Rudaini di dalam drama, pelantun lagu Embun ini berkata sebagai seorang pelakon profesional, beliau tiada masalah untuk kembali bergandingan bersama Rita.

Aqasha juga bakal tampil dalam drama terbaru Misi Laksam Dan Laksa bergandingan bersama Rita Rudaini serta telemovie bertajuk Terima Kasih Ramadhan bergandingan bersama Fasha Sandha.

Aqasha, 35, berkata, rumah tangganya tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan aktres Rita Rudaini.
Afifah Nasir dan Aliff Aziz
Penyanyi Aliff Aziz dikatakan telah mencederakan isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras dekat sini pada Khamis.

Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama pelakon baru Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan. [Hangat.com] Afifah telah mengakui telah memohon maaf kepada isteri Aliff, Bella.

Aliff mengaku bersalah keluar dengan Afifah

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baharu, Afifah Nasir.

Malah, bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kesalahannya itu.

Beliau juga mengharapkan pelakon wanita berkenaan, yang juga adik kepada Anzalna Nasir, akan melakukan tindakan sama sepertinya.

“Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.

“Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bukit Jelutong, hari ini.

Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan selepas ditahan polis, Jumaat lalu, atas dakwaan mengasari isterinya dalam satu insiden di sebuah premis hiburan, ketika berdua-duaan dengan Afifah.

Aliff dan Afifah dikatakan mula intim selepas bergandingan menerusi drama Izinku Aku Mencintaimu.

Akibat kejadian pada petang Khamis itu, Bella membuat laporan polis di Cheras.

Selepas dua malam ditahan di Balai Polis Dang Wangi, artis terbabit akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu.

Bella juga menarik balik aduannya pada hari sama Aliff dibebaskan.

“Saya berterima kasih kerana isteri memberikan saya peluang kedua.

“Malah, saya juga menafikan dakwaan diri ini membelasah dan memukul isteri. Sebaliknya, kami hanya bergelut hingga tercetus tindakan mengasari isteri.

“Saya juga berharap selepas ini takkan ada lagi kenyataan atau maklumat bercanggah kerana saya sudah berkongsi kesemuanya dengan media,” katanya.

Terdahulu, Bella menerusi kenyataannya sanggup memaafkan Aliff demi anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, yang dilahirkan 8 Julai lalu.

“Saya lega dengan penjelasan Aliff, namun tipulah jika saya katakan sudah kembali gembira. Sebagai wanita, kita semua mempunyai perasaan. Luka itu masih berdarah, namun saya kena fikir ke depan, termasuklah anak saya.

“Saya berharap semua orang dapat mendoakan semoga Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar dengan apa yang terjadi, yang sudah menghancurkan segala-galanya, termasuk kepercayaan saya kepadanya,” kata Bella yang berkahwin dengan artis berkenaan pada September tahun lalu.

Bella berharap, sedikit demi sedikit suaminya itu mampu mengembalikan semula keyakinan beliau terhadapnya dan dirinya sendiri akan cuba menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.
Ajak Shiro
Ajak dituduh ada skandal dengan wanita yang seringkali menerima gambar tak senonoh daripada peminat wanitanya bertujuan menggoda dirinya.  Gambar-gambar tidak senonoh berkenaan disedari oleh isterinya yang menjaga akaun Instagramnya itu.

Ajak anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita dan bernasib baik isteri tak melenting.

Ajak Shiro Sering Terima Gambar Lucah Daripada Peminat, Tindakan Isterinya Ini Pasti Buat Korang Terkejut!

Siapa tak kenal Ajak Shiro, lawaknya memang tak kering gusi. Celotehnya sebagai penyampai radio pun ditunggu-tunggu dan menggeletek pendengar. Siapa yang follow dia di IG mesti tahu kan?

Namun, tidak semuanya indah bagai disangka. Bermacam dugaan perlu dihadapi oleh mereka yang berkecimpung dalam dunia seni ini. Apa yang dilalui Ajak Shiro menjadi bukti liku-liku yang perlu dihadapi artis di zaman serba terbuka hari ini.

Ajak membuka cerita dia seringkali menerima gambar lucah daripada peminat wanitanya bertujuan menggoda dirinya. Tambahnya, dia sering ditunjukkan gambar-gambar tidak senonoh berkenaan oleh isterinya yang menjaga akaun Instagramnya itu.

Nasib baik isteri yang jaga akaun Instagram saya, kalau tidak ‘naya’ juga. Setiap kali terima gambar bukan-bukan, isteri akan tunjuk kepada saya, cuma dia akan tutup wajah dan nama akaun.

Saya anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita, Nasib baik isteri tak melenting.

Semoga mereka yang suka menghantar gambar-gambar berkenaan cepat-cepatlah bertaubat ye. Lagipun kenapa nak dikacau suami orang tu?
Faizal AF4
Penyanyi dan juga juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal memaklumkan yang dirinya kini kembali bergelar duda selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian.

Menerusi laman sosial milik Sahidatul atau mesra disapa Sha, 21, berkata dia berkongsi sebuah artikel dari portal hiburan dan kata-kata di media sosial seolah-olah sikap juara Akademi Fantasi musim ke-4 jadi punca perpisahan mereka. Menurut dari bait-bait katanya memberi bayangan bahawa Faizal ada hubungan dengan wanita semasa mereka masih suami isteri.

Bukan Mu Naik Kaki Tangan Dan Main Perempuan?

Berang dikatakan sebagai punca penceraian mereka, bekas isteri Faizal, Sahidatul Najiha tampil menjelaskan sebab mereka bercerai.

Sahidatul mengakui beliau bukanlah seorang isteri yang sempurna tetapi beliau menyifatkan Faizal seorang yang “plastik” kerana tidak jujur untuk mendedahkan perkara sebenar.

Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui.. Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri. Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah. Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Faizal telah melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah. Mereka berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Hanna Maleeka. – hangatcom

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *