Apa Salahnya Arak, Jepun Mabuk Pun Tetap Maju Dan Produktif! – Siti Kasim.

Apa Salahnya Arak, Jepun Mabuk Pun Tetap Maju Dan Produktif! – Siti Kasim.

Pesta arak yang mahu diadakan di Kuala Lumpur telah mendapat tentangan dan juga kecaman daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat Islam di negara ini.

loading...

Selain beranggapan ia boleh meruntuhkan dan merosakkan akhlak generasi muda, arak itu sendiri adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini.

Pesta tersebut dijadualkan berlangsung pada Oktober ini, bagaimanapun mendapat ‘restu’ dan juga sokongan pihak tertentu seperti aktivis Siti Kasim.

Malah, menerusi satu entri di laman Facebook miliknya baru-baru ini, Siti Kasim memuji kejayaan negara Jepun yang tetap maju dan produktif meskipun bangsa tersebut minum arak.

loading...

Lawatannya ke negara matahari terbit itu baru-baru ini turut sempat menjejakkan kaki ke kawasan yang menempatkan ratusan tong arak.

Ya, arak dan Jepun bukanlah satu perkara asing namun mahu menyamakannya dengan masyarakat Islam di Malaysia, sesuaikah Siti Kasim?

Berikut merupakan apa yang dinukilkan oleh Siti Kasim berkaitan arak di Jepun ini yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu, memetik laman TambahCheeze.com:

loading...

“Semua kata alkohol tidak bermoral dan akan membawa kepada berbagai perkara buruk. Tidak di JEPUN, di Kuil Meiji Jengu mereka pamerkan dengan bangganya di pintu gerbang kuil, tempat ini ialah tempat yang penuh ketenangan dan penghormatan terhadap satu sama lain.

“Saya tak nampak orang JEPUN mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia.

“Semuanya berkait rapat dengan kawalan diri dan bukan tentang paksaan mengikut nilai moral anda kepada masyarakat bangsa lain. Ajar manusia tentang rasa hormat dan kefahaman universal tentang perkara salah dan betul sudah tentu anda akan peroleh sebuah negara yang produktif!”

loading...

loading...

Apa pula pendapat anda tentang hal ini?

Sumber: FB Siti Kasim/ TambahCheeze.com / Kisah Dunia

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *